Monday, 21 January 2013

Oh ikan puyu..fakta tentang puyu..


Kalau ada sesiapa yang tak tahu apa itu ikan puyu. Maka bolehlah berkenalan.
Ikan Puyu (Anabas testudineus) merupakan spesis ikan air tawar yang paling lasak
Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesis ini. Ikan puyu seringkali dikaitkan dengan kepercayaan mistik. Fakta dan cerita ikan puyu. Mitos mengenai ikan puyu yang kononnya dapat menjadi penghalang serangan toyol dan ilmu hitam bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar. Malah ada juga yang mempercayai memelihara ikan puyu boleh dijadikan 'tangkal' bagi menghalang perbuatan jahat.

Selain memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau menjadikannya penghalang kuasa jahat, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai juadah. Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air. Biasanya ikan puyu ini akan dibiarkan untuk tempoh 2-3 hari sebelum dimasak bagi tujuan menghilangkan bau lumpur.


Ikan jantan mempunyai satu lubang pada kelamin sedangkan ikan betina mempunyai dua lubang pada kelaminnya. Dan apabila ikan jantan diurut pada bagian perutnya kearah bawah akan mengeluarkan cairan sperma berwarna putih, sedangkan ikan betina apabila diurut pada bagian perut kearah bawah akan mengeluarkan telur yang berwarna bening kecoklatan.


ikan slim biasanya ikan puyu jantan.
ikan hat bawah kepala gemuk ikan puyu betina.
Ikan jantan tubuhnya lebih kecil dari ikan betina.
Ikan jantan akan bergerak lebih lincah dari ikan betina.


Kolam ikan puyu kalao ada
Kolam ikan puyu harus di letakkan tumbuhan seperti kiambang ini bagi menggalakkan ikan puyuh mendapat oksigen secara lebih cepat dan mengekalkan suhu air tersebut dan ikan tidak melompat keluar dari kolam . Air tersebut haruslah di letakkan klorin dan di biarkan selama 3 hingga 4 hari. Ikan puyu amat gemar dengan tumbuhan kiambang atau tumbuhan yang hidup di dalam air atau di atas air.


tambahan lagi kelebehan ikan puyu menjadi:
kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesis ini mampu menghalang gangguan makhluk halus. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesis ini di dalam rumah untuk tujuan itu.

No comments:

Post a Comment